Tuesday, April 12, 2011

~kekasih dari syurga~ (part 5)

"malissa, cepat balik ayah sakit."
tanpa berlengah malissa bergegas berjumpa majikannya untuk minta kebenaran pulang...
"mak apa yg dah jadi nie?"
"cepat kita pergi hospital, kawan ayah telefon tadi kate ayah pengsan kat tempat kerja."

setibanya dihospital....

"ok nurse, nanti kalau patient nie dah sedar maklumkan pada saya." beritahu mukliz
"hmm, by the way patient's carer dah sampai blum?. saya ada benda nak discuss ngn mereka."
"kalau dah ade panggil saya kat bilik."

air mata malissa tumpah lantaran melihat ayahnya terlantar dikatil hospital dgn wajah yang
pucat... "assalamualaikum ayah, ya allah kenape jadi macam nie ayah?"
"malissa sabar nak, mak pun sedih jugak, kita doakan same2 ye nak."

nurse..." maaf ye, sape ye family encik ini?"
"ini ayah saya, dan wanita ini mak saye."
"kalau macam tu cik sila ikut saye jumpa doktor sebentar."
tanpa banyak bersuara malissa mengekori langkah nurse..

nurse.."doktor, ini family patient tadi."
"sila masuk ye, kejap saye habis kan perbualan di telefon sebentar." beritahu mukliz
"silakan duduk cik.." pelawa mukliz.
"assalamualaikum, encik mukliz kan?" tegur malissa.
"maaf ye, saye kenal ke cik ni?" balas mukliz agak ragu selepas tamat belajar tiada lagi sahabatnya yg memakai burdah dan dia juga tidak beberapa pasti siapa wanita ini..
malissa menjelaskan dirinya pada mukliz, dan dalam tidak sedar dihati malissa berbunga bila bertemu semula dgn jejaka ini.
"oh cik malissa, sahabat umairah, iye2 baru saya ingat, tapi sekarang sudah lain penampilan, tidak silap saya dulu cik malissa tidak berburdahkan?"
"iye, aturan Allah yg menyebabkan saya berubah." balas malissa.

"begini, cik malissa, tentang ayah cik saya terpaksa berterus terang, tahap kesihatannya amat membimbangkan. tidak salah saya ini kali kedua serangan jantungnyakan? jadi cik sendiri tahukan apa yg bakal terjadi jika dia diserang kali ketiga." terang mukliz panjang
"malissa tanpa suara menitiskan air matanya. jadi doktor ape yang harus saya lakukan?

"hmm jika begini hanya penjagaan khusus yang diperlukan. jika terpaksa dia harus banyakkan berehat jadi dia tidak dapat meneruskan pekerjaannya, sebab dia tidak boleh terlalu penat.
insyaallah, kalau ayah cik malissa kuat dan dapat menjaga dirinya, dia tentu akan kekal sihat. maaf ye jika saya bertanya, kenapa tidak melakukan pembedahan?"
"doktor, ayah saya yang tidak mahu melakukanya. ayah saya kate dia mampu menghadapinya." balas malissa...
"oo begitu, tapi kalau dia melakukan pembedahan awal risiko untuk dapat serangan yang lain kurang. tidak mengapalah mungkin ada sebab mengapa ayah cik malissa tidak mahu melakukan pembedahan."
"terima kasih doktor, saya akan cuba ikut nasihat doktor." balas malissa
"hmm cik malissa bersabar ye.. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kekuatan hambanya sendiri."

malissa melangkah keluar dari ruang itu..
mukliz memerhati tanpa kata.. di sudut hatinya dia merasakan kesedihan yang dirasai oleh malissa.. dalam diam mukliz berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan pada malissa......



1 comment: