Saturday, June 26, 2010

~systemic lupus erythematosus~ (SLE)


SLE....
penyakit yang kebanyakkannya menyerang kaum wanita berbanding kaum lelaki
mungkin ada yang sudah sedia maklum atau mungkin masih tertanya-tanya apakah penyakit itu??
dihalaman kali ini cik berry akan memberi sedikit briefing apa benda penyakit tu, faktor2 penyebab,dan symptoms2nya....

systhemic lupus erythematosus adalah salah satu penyakit yang melibatkan immune dalaman manusia, yang dipanggil "Autoimmune disorder",... bermaksud masalah immune atau katahanan antibody manusia untuk melawan penyakit.. secara zahirnya antibody manusia berperanan untuk melindungi tubuh manusia daripada pelbagai penyakit... tetapi di dalam kalangan pesakit yang mempunyai SLE, immune system atau pertahanan tubuh badan mereka tidak dapat mengenal pasti antara bahan bahaya atau bahan yang baik untuk tubuh badan. Secara tidak langsung menyebabkan immune atau antibody badan mereka bertindak balas berlebihan atau overreactive response yang menyerang bahan2 yang baik dan tisu2 dalam tubuh badan manusia.
penyakit ini adalah penyakit seumur hidup atau " long-term chronic inflammation".

walaubagaimanapun penyakit ini masih lagi tidak diketahui
penyebab yang khusus yang mengakibatkan immune itu bertindak balas sedemikian.
symptom penyakit ini berlainan daripada seorang pesakit dengan pesakit yang lain. penyakit ini mungkin akan menyerang salah satu organ tubuh badan atau satu sistem tubuh badan manusia samada sedikit ataupun menyebabkan kematian...
kebanyakkan pesakit SLE akan mengalami bengkak sendi atau sakit sendi " joint pain or swelling" dan kekadang akan membawa kepada penyakit arthritis yang menyerang sendi lutut,jari dan pergelangan tangan...
mungkin kita x pernah merasai macam mane sakit sendi....
sakit die sebenarnye x boleh nak cakap sebab terlampau sakit rase die
bolehlah dikatakan rase sendi kita tue macam tengah dihiris-hiris dan dicucuk dgn paku payung tue.... huhuhuhu tapi yang sakit lagi bile sakit sendi sampai x boleh nak gerak
kita stiff x boleh nak gambarkan....

ada beberapa lar... symptom2 die yang cik berry tahu iaitu:
  1. sakit dada apabila menarik nafas dalam2..
  2. keletihan yang teruk
  3. demam yang tidak melibatkan penyakit2 lain
  4. keguguran rambut
  5. sensitive jika terdedah kepada cahaya matahari
  6. skin rash @ ruam kulit (ketara apabila pesakit berjemur dibwh sinaran matahari dan timbul ruam berbentuk rama2 @ butterfly shape pada wajah)
  7. bengkak pada kelenjar limpa @ swollen limp nodes
  8. mouth sores @ luka pada mulut @sakit mulut...
selain dari itu SLE juga menyerang organ2 dalaman samada serentak atau satu pada sesuatu masa...
contoh nya SLE akan attack brain(otak) dan nerve system atau sistem saraf yang akan menyebabkan sakit kepala, stroke atau kehilangan fungsi anggota badan..
selain itu SLE juga akan menyerang buah pinggang, jantung, paru2, sistem pencernaan dan kulit...
tambahan lagi SLE juga akan menyebabkan banyak lagi organ tidak berfungsi dengan baik:

maybe pesakit akan blood clot yang mengakibatkan DVT (deep vein thrombosis),kemusnahan cell darah merah (hemolytic anemia), paru2 berair (pleural effusion), stroke, low blood platelets (thrombocytopenia) dan bengkak jantung (myocarditis)

sebenarnya banyak lagi komplikasi penyakit ini....
tapi itu jela yang cik berry tahu.... huhuhuhuhu
treatment yang dapat diberikan pulak cik berry hanya tahu
chemotherapy dan medicine sahaja contohnya steriod...
cik berry sebelum disahkan mendapat penyakit ini cik berry telah menjalani bone marrow
dimana air tulang belakang cik berry diambil untuk diuji dan mengetahui apakah penyakit cik berry...
symptom yg cik berry alami adalah gusi berdarah, lebam pada seluruh badan,hidung berdarah,
dan last skali muntah darah dekat la satu baldi kecik...
memang rase macam dah nak pergi dah, tapi takdir ALLAH yang masih memberi cik berry peluang untuk hidup, alhamdulillah
lepas je tahu yg cik berry penghidap penyakit SLE ini
doktor terus bagi rawatan chemotherapy....
memang sakit die x leh nak citer bile masuk je kat dalam urat tu rase macam api,.. sakit x leh nak cakap sekali masuk berpuluh-puluh helai bulu rome cik berry tercabut.. huhuhu
x yah shave hehehehe.....
adalah dalam 5 tiub cik berry dimasukkan chemo tue....
dan lebih kurang 15 beg plasma dimasukkan dalam badan cik berry
untuk menggantikan darah yang hilang...
dekat sebulan lebih cik berry admit wad kanak2 seremban
sampai jadi rumah nombor 2 cik berry la katekan...
tapi itu adalah pengalaman yg x dapat cik berry lupakan...

ingatkan dah lepas dah, lepas je masukkan chemo yg terakhir perut cik berry plak yang sakit
rasenye macam usus tue di lelas dengan pisau...
mase tu jugak doktor tengok gune endorscopy (x taw la betul ke x eja die) nk
tgk ade ulcer ke tidak dalam perut,..
rupe nye dah nk ade internal bleeding so doktor said that if undergo surgery the risk should be taken is 50-50
meraung mama cik berry, tapi alhamdulillah cik berry x dibedah sebab ada perubahan drastik
dan platelet cik berry semakin meningkat...
cik berry rase bersyukur sangat....

betullah ALLAh memang sayang pada hamba nya, setiap ujian yang diberi adalah
untuk mengingatkan kita padaNYA, alhamdulillah sekarang cik berry masih
bernafas dan dapat jugak melanjutkan pelajaran UNI....
still lagi under follow up, dan still under medicine, tapi cik berry tetap bersyukur kerana ada juga rakan @ pesakit yang same admit dgn cik berry dan same penyakit dgn cik berry sudah pergi menghadap illahi, last ayt die cakap kat cik berry, ALLAH itu MAHA adil,
hidup haruslah diisi dengan perkara yang baik & ingat ada lagi orang yang sakitnya lebih teruk....


~ingatlah sakit itu adalah penghapusan dosa yang lepas~

cik berry rase sampai disini dulu lah ye cik berry nk kongsi
x taw lah kalau korang dapat ke tak ape yg cik berry tulis ni.
yg baik datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari diri cik berry sendiri...
moge ape yang cik berry sampaikan dapat menambah serba sedikit ilmu korang....






Friday, June 18, 2010

~benci bilang cinta~

selamat pagi.....
pagi yang amat sejuk...
bangunnya cik berry pagi nie adalah kerana bosan
untuk menyambung tidur balik... huhuhu
hmm x sabar nak tunggu sape juara imam muda
cik berry tengok bukan senang untuk bergelar seorang imam
bukan hanya pandai mengimamkan orang sahaje,
tp perlulah ada banyak kemahiran dan sifat2 yang
baik kerana keje imam bukan nak jadi imam
tapi tanggungjawab kepada masyarakat, keluarga, dan paling penting
hubungan antara manusia...
program imam muda nie bukan terbuka pada imam2 jer
tp untuk semua yang sanggup dan ikhlas untuk menyahut cabaran,
memikul tanggungjawab yang berat dan bersiap sedia dari segi mental dan fizikal
sebenarnya cik berry tertarik pada imam muda nuri..
pada 2 minggu lepas imam muda nuri amat teruk prestasinya
dalam imam muda...
apabila ditanya oleh ustaz zulkarnain mengapa boleh jadi begitu...
imam muda nuri menjawab..
saya mengakui masih banyak lagi yang saya tidak mahir
tapi kalau diizinkan ALLAH untuk mempelajari lagi
insyaallah saya akan terus berjuang bukan untuk memperolehi kemenangan tetapi untuk
persiapan diri saya dan mengisi diri saya
dengan pengalaman yang mungkin x dapat saya pelajari dari mana2...
saya akan terus berjuang andai diberikan kesempatan...
hmm masuk minggu ketiga kata2 imam muda nuri dikotakan
ternyata imam muda nuri berjaya merangkul tempat pertama..
dalam minngu tu task yang diberikan adalah menjadi abang angkat kepada anak2 jalanan yang
terpilih untuk berjumpa dengan imam2 muda...
ternyata imam muda nuri amat senang sekali untuk
berinteraksi dan memikat hati anak2 itu...
bagi diri imam muda nuri dia tidak kekok untuk
memberi ilmu dan imam muda nuri banyak mengajar adik angkatnya itu...
disini cik berry sebenarnya kagum dengan sikap dan keperibadian imam muda nuri
walaupun imam muda nuri adalah seorang penternak dan
kehidupan imam muda nuri tidak lah sekaya orang lain
kerana imam muda nuri harus menjaga dan memikul tanggungjawab untuk memelihara adik2 dan ibu bapanya
kesusahan bukan penghalang ntuk seseorang itu berjaya
yang penting adalah komitmen yang diberikan dan pengorbanan yang
dilakukan untuk menjadi yang terbaik..
cik berry harap dengan program realiti imam muda ini akan melahirkan
lebih banyak lagi program2 yang dapat memberi masyarakat lebih banyak
informasi yang berguna
yelah cik berry sebenarnya amat bosan dengan rancangan
yang disiarkan
bila ditekan channel yang ditekan oleh jari-jemari cik berry nie
boleh dikatakan semua nye program lagu2 yang tah ape2 tah
melalak sana, melalak sini
mentorlah, aflah, bintang kecillah dan yang sewaktu dengannya
bosan x de cerita langsung
semuanya yang melalaikan jer


tapi kalau sinetron tue x pe kot huhuhuhu
ade jugak lah die punye pengajaran die...
huhuhuhu

Sunday, June 13, 2010

LaGeNdA budAk SeTaN....

kepanasan mentari x kan sekali melecehkan cik berry
untuk menapakkan kaki cik berry pegi menonton wayang......
huhuhuhu lagenda budak setan
diadaptasi dari sebuah novel,...
yang amat digembar-gemburkan oleh all malaysian yg mengatakan
filem itu adalah box office
bg cik berry ia tidak lah seindah yang digambarkan,
yang mengisahkan tentang percintaan yang tidak bersempadan
bermula dari seorang siswa yang ditiupkan rase cinta yang amat indah...
apabila terpandang seorang siswi "ayu"...
boleh lah.....

sebenarnya bukan itu yang cik berry nak tekankan cik berry nak ulas cikit tentang manusia
yang duduk disebelah cik berry semase menonton wayang....
kemesraan yang tergambar memang sangat indah
tambahan melayan cerita cintan-cintun tue...
makin lagi lah rase macam mereka pulak yang sedang berlakon di layar perak....
tetibe lampu dipadamkan konon untuk menambahkan feeling....
tiba2 cik berry terase seperti ada satu bayang seperti selengan memanjang menjalar-jalar diatas hamparan peha minah sorang nie,...
no respond dari si kakak nie agaknye x pasan kot lepas peha tangan pulak pegang
cik berry pelik tue bukan nya cite hantu nak takut sampai kena pegang tangan
hmmm bukan la mengata tapi sebagai teladan
yang haram itu lebih sedap dari yang halal....
bukannya ape, cube bayangkan jika perempuan itu tidak
ditakdirkan berkahwin dengan teman lelakinya
dan die dijodahkan dengan orang lain kan ke rugi bagi si lelaki yang sudah sah menjadi haknya kerana die sudah mendapat bekas dari orang...
yela cik berry cume nak mengingatkan diri cik berry jugak
sudah berapa ramai wanita yang menjadi mangsa korban seorang lelaki..
yang lelaki kate perempuan tu yang rela..
perempuan pulak kate lelaki tu yang ambil kesempatan...
lelaki itu dikatakan seorang ketua dalam rumah tangga, maka die juga seorang ketua
dalam memelihara maruah seorang wanita...
bagi wanita pula jangan lah sesekali merendahkan maruah yg suci dengan hanya
mempercayai janji seorang lelaki.. dgn menggunakan godaan dan hasutan..
bukan mereka yang merana kita yang menjadi mangsa...

maybe ada juga yang akan mengatakan diri cik berry ni perasan bagus..
cik berry mengakui, cik berry pun mempunyai perasaan cinta dan sayang pada seorang jejaka
namun cik berry hanya memendam rasa kerana cik berry rase malu x taw kenape

dalam sebuah riwayat mengatakan
" sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid"
hmmm cik berry nak berpesan

jika kita benar2 menyayangi seseorang biarlah kita menyayangi mereka dijalan ALLAH nescaya itu adalah lebih baik...


"wanita solehah malunya mengatasi perawan,

beraninya mengatasi pahlawan,

cintanya bukan pada gambaran,

rindunya bukan pada pertemuan,


tapi hatinya tersirat taqwa keimanan....."

Thursday, June 10, 2010

~precious gold~ (^-^)v


ChElAmAt PaGi
lame x menconteng-conteng dinding blog nie.. huhuhu
hmm sebenarnye dipagi yang amat tenang nie, cik berry sedang menunggu keluarnye result exam cik berry malangnya masih lagi x kua... betullah bak kate org penantian satu penyiksaan.. sambil cuping cik berry ni menari kiri dan kanan mengikut rentak lagu eenie meenie dendangan sean kingston feat. justin.. membuatkan otak cik berry terpakse menggunakan tenage yg extra untuk deliver kesemua stimulation, betapa agungnya ciptaan allah, subhanallah cik berry agak bosan dengan rutin cik berry harian, tapi nak buat macam ne, x de transport nak pegi jalan2 sepertimane kebanyakkan family pegi melencong sambil menyumbangkan ekonomi pada negare....

"adik" kedengaran laungan suara yg sudah agak familiar dgn cuping telinge cik berry nie...
mama cik berry panggil dan mengutarakan natijahnya memanggil cik berry supaya menjadi pendengar yang setia pada nya.. huhuhu
first subtopic nye ialah soalan "adik nie menyesal kew jadi anak mama?" hampir nak luruh jantung, hati, limpa, perut, usus, ngan adam's apple nie dengar soalan yg diutarakan,,,,
cik berry pun balas dengan menjawab kenape mama cakap macam tue.. mama cik berry balas yela mama x penah nak bawak adik pegi jalan2 ngan sume kemudahan susah mama nak bagi in the blink of eyes... cik berry tersentuh dengan sebab yg mama cik berry keutarakan...
cik berry nak nangis dan cik berry cakap mama is the best mom in the world, and there's no one would replace you... mama cik berry pesan kat cik berry mama x kaya macam ibu yg berkerjaya, tapi mama nak adik selalu ingat pada orang lain yg hidupnya lagi susah dari kita
setiap rezeki yang adik dapat jangan lupe untuk bagi pada orang lain sebab ada bahagian hak mereka dalam nikmat yang kita dapat tue, biarlah walaupun sikit je rezeki yang kita dapat
tapi kalau kita kongsi dengan orang lain sebenarnya lagi banyak yang ALLAH akan bagi pada kita dan ALLAH akan memandang adik sebagai hamba yang mulia kerana adik memuliakan orang lain....
mama nak adik belajar baik2 walaupun mama selalu nak adik dapat yang terbaik, mama x nak bebankan adik setiap yg adik dapat adalah atas usaha yang adik dah lakukan...
mama nak adik hormat dengan ibu adik yang lagi sorang tue sebab syurga itu adalah dibawah tapak kaki ibu, walaupun die benci adik, adik x de sebab untuk melakukan perkara yang sama...
janji adik jage hati dan kelakuan adik...


mama nak bagitau adik mama sentiasa doakan agar adik dapat seorang suami yang dapat menjage adik, biarlah die seorang yang x pernah menunjukkan rase kasih sayangnya pada adik sebelum die sah menjadi milik adik sebab bila die dah mencurahkan kasih sayangnya itu, kasihnya itu berlandaskan nafsu kerana die takut kehilangan adik dan tidak yakin jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH...

mama nak pesan lagi satu jika adik mula mencintai seseorang itu adik haruslah mencintai diri adik sendiri kerana jika adik x taw mencintai diri adik bagaimana adik nak cintai orang lain,
maruah yang adik bawa itu tergantungnya maruah mama ngan ayah maka jagalah ia sebaik-baiknya kerana sekali ianya tercalar tiada gunanya lagi....

buka mata hati untuk mentafsir dan membuat keputusan, hamparkan telinga untuk mendengar perkara yang baik, luaskan pemandangan mata untuk mencari yang terbaik untuk diri adik, ikatlah tangan agar ia x tersentuh benda yang haram bagi diri adik....
ingat ALLAH sentiasa berada dihati adik, cuma adik haruslah mencari NYA...

"pesanan mama"

Friday, June 4, 2010

lue pi K la sendiri

friends
who are always make you feel better,
they always be beside you in whateva situations,
if you feel uneasy,
they will give you the options of ways,
if you says it is hard for you,
they will says it is your fight and if you win to go through the hardship you will neva regret...

friends
if i feel mad about myself,
you always said that don't be mad and blame youself because you and yourself need each other to be strong,
if i get hurts you always plaster it with funny jokes,
if i were caught in a serius situation,
you lighten the walk so i can get through it,

but
if you're alone do i care to you?
do i make you feel ease?
do i wipe your tears?
do i make the way in your hardness?
do i be there for you?

i'm sorry if i can't be the best to you,
but i i want you to know whateva it is,
i'll try to be the one that you always can count off...
the one that can give shoulder to hold on
and the song to ease you up.......

that should be me be your best friend!!!!!!

...............


~the end~