Friday, December 17, 2010

~kekasih dari syurga~ (part 3)

lima tahun sudah berlalu adam mukliz melayari bahtera pengajiannya dalam bidang kedoktoran..
impiannya kini menjadi nyata..
" anta nak pulang terus ke n9 ke? ". sapa awis kpd mukliz yg asyik mengemas beg sandangnya yg akan die bwa utk bertemu sekian kalinya bersama professor yg byk membntunya sehingga die memperolehi segulung ijazah. " yela ana akn trus balik ke n9, ana tak sabar nak berjumpa dengan ayah ana, anta pula nak kemane bile sampai malaysia? ". awis " ana nak pergi berjumpa dgn ana punya tunang untuk uruskan majlis kahwin ana, ana fikir nak ajak anta teman ana tpi tak mengapalah ana pergi dgn adik ana sjalah nanti."
"oh, begitu ceritanya, kalu macam tuh lepas ana jumpe ayah ana, ana boleh temankan anta jumpe bakal bidadari anta tu... ". " haaa... hehehe nasib ana dapat kawan baik macam anta nie.. " ucap awis...
"mukliz!, sini2!," . lantas mukliz memaling mencari butir suara tersebut memang tidak salah lagi itu adalah suara ayahnya. mereka pun berjalan pulang dan mengucap slamat tinggal pada awis.
setlh melepaskan rindu pada ayah kesygngannya mukliz menunaikan janji kpd awis untuk menemannya berjumpa bakal isterinya.
mereka singgah di sebuah kedai bku untuk mencari bhan bacaan untuk diberi kpd umairah sbgai hadiah dari awis. sambil menunggu awis memilih bahan bacaan yg baik mukliz tidak mensia-siakan peluang yg ada. dia segera membelek beberape bhan bacaan. hatinya tiba2 berhenti pada sbuah novel bumi cinta yg dikarang oleh novelis yg terknl iaitu habiburahman yg juga amat popular menghasilkn novel yg terindah iaitu ayat2 cinta. sinopsis dibce dgn teliti hati nye tidak semena-mena tertarik dgn novel tersebut. belum sempat niatnya untuk membeli bku tersebut terlaksana, die terdgr satu suara yg brtyakan tentang bku bumi cinta berdkatan dgn tempat die berdiri. mukliz tahu disitu cuma tgl satu buah sja lagi dan pekerja itu menudingkan jari ke arah mukliz dan memberitahu bhawa tgl satu shja lgi novel tersebut. wanita itu lantas membuka langkah kearah yg hendak dituju. sampai disitu dia trus mencari bku tersebut. dgn berat hati mukliz menghulurkan bku tersebut kpd wanita yg berdiri tidak jauh darinya..
wanita itu berpaling.. "oh! saudara tlah menjumpainya dahulu. tidak mengapalah, salam." sapa wanita tersebut. tanpa berlengah mukliz memberikan wanita buku itu." takpe saudari boleh membeli buku ini, saya tidak berhajat membelinya." lancar shja tutur mukliz kpd wanita tersebut dan dia juga jarang berkata2 dgn wanita kerna dia terknl dgn sifat pemalu nya itu.
"eh! malissa, x sangka jumpa disini." sapa awis. awis menjelaskan pda mukliz yg agak2 tidak berapa jelas dgn hubungan mereka berdua. " malissa ni kawan baik umairah bakal isteri ana, hmm mana umairah malissa? " tya awis padanya. " hmm, dia ade kat kedai dpan tgh beli barang sikit." balas malissa. " sebentar, anta nie mcm sya pernah lihat, hmm ha... anta yg naik flight MAS yg tolong amik air saya yg jatuh kan," tegur malissa. " ya, ana pun bru igat, x sangka dunia nie kecil sahaja." balas mukliz.
mereka pun pergi makan di sebuah restoran melayu. mereka berbual dan tambahan pula yg paling gembira adlah awis dan umairah, dimeja itu tiddak lekang dgn gelak tawa mereka.. semoga pertalian yg akan dijalin mendapat keredhaan ALLAH, insyaallah.
namun ada sesuatu yg tidak disenagi oleh hati kecil mukliz tatkala diaberhampiran dgn seorang gadis bernama malissa.... ^^

Tuesday, August 17, 2010

~ kekasih dari syurga ~ (part 2)

ahlan wasahlan....
hehehe kali kite sambung cerite ye.....
ha sebelum tue gamba2 yg cik berry upload pd blog yg lepas tu
sebenarnya x dela kene- mengena dgn cite yg cik berry nk citekan
itu cume selingan wajah2 yg memainkan peranan dalam watak yg cik berry nk taip nie....
hehehe mungkin dapat la bantu korang2 feeling sikit....
yela slalukan kalau novel cume ada ayat2 yang panjang untuk describekan owang so
cik berry ambil alternatif laen @ approach yg laen untuk describe people.....
(so x de kene- mengena dgn yg masih hidup @yg telah meninggal dunia..)


di lapangan terbang KLIA......


ha kalau ekau poyi sano jangan la bopolese(enjoy) yo ingat apo yang ayah slalu posan kek ko...
ekau poyi sano bawak mak ayah kek kampung nie punyo maruah...
jangan nak amek arang plak conteng kek kami nie.... ingat yo mukliz ayah ghaso dah cukup dah ajaran yg ayah boyi kek ko.....

lantas mukliz merangkul tangan yg byk berjase dalam membesarkn diri nya sampai die berjaye menaiki kapal terbang air asia untuk merentasi dunia untuk mencari sesuap ilmu....
walaupun rase rindu dan simpati untuk meninggal ayah yg sudah lanjut usia nya seorang diri, tetapi apakan daya die hanya mampu mendoakan keselamatan ayah nya sahaja....
dalam hati kecil nya masih lagi mengucapkan syukur walaupun luak kasih sayang seorang ibu namun die masih lagi berjaya meneruskan hasrat al-marhum ibunya yg kepingin sekali
melihat dia berjaya dalam hidup.......

di sebelah sudut lapangan terbang KLIA ada juga sebuah keluarga melihat permergian anak nya
wahai anakku malisa ingat ye pesan ibu dan ayah jangan lupa sampai disana terus cari pak cik kamu yer... jangan suke-suki ikut orang x kenal, jage diri dan yang paling penting jangan lupe sembahyang n slalu calling2 taw... nanti ibu kangen dengan anak ibu yang sorang ni....
lagi satu ayah dah transfer duit dalam ekaun kamu kat sane, so just klik dan duit akan
kuar dari mesin ATM tu... pastu jangan lupe convert plak taw duit tu... x de sape pakai duit senggit kat mesir tu... berderai tawa dari bibir malisa yang berwarna merah2 pink mendengar pesanan ayahnya.....


perjalanan mereka berdua diteruskan ke perut pesawat.....
ting tong.... ATTENTION!!! sila pasangkan tali pinggang keledar anda kerana pesawat akan berlepas sebentar lagi... harap ibu2 dan bapak2 dapat menenangkan diri dan anak2 disebelah supaya keadaan dalam kapal ini aman dan selamat untuk berlepas....
vrrrrrrrrrrroooooooooooooooooommmmmmmmmmmmm... kapal air asia berlepas terbang ke awan nan biru....
seperti biase mukliz hanya menjalankan rutin biasanya menghafal al-quran...
sedang asyik menghafal tiba2 ada sesuatu bergolek- golek di tepi seat die.....

ape plak la nie... nak menghafaz pun ade je rintangan, astagfirullahalazim,,
lantas mukliz pun mengambil botol air yang datang bergolek.....
sedar x sedar malisa pun datang untuk mengambil botol tadi.... terdetik dihati malisa apabila tepat memandang wajah yang redup dihadapan matanya..... ditatapinya dari iris anak mata, hidung dan dagu... "astagfirullahalazim!!" ape yang ko buat nie malisa..... detik hatinya...
mukliz yang sedari dari tadi apabila muslimah ini memandang nya die tidak sekali- kali menegakkan matanya memandang wajah itu.... lalu mukliz pun memberi botol itu dan terus berpaling......

sayup2 terdengar bunyi pesawat mendarat... mukliz bangun dari tidur lalu menyiapkan diri untuk kuar pesawat..... dari jauh terdengar "Encik2!! cik pakai baju melayu ungu!!"
mukliz pun melihat kiri dan kanan dan terpacullah kelibat seorang wanita di hadapan nya,
mukliz hanya menundukkan pandangan nya... dan bersuara ye ade ape saudari?
malisa menjawab " saudara tercicir talipon di tepi kerusi encik, mujur saya nampak kalau x susah cik nak car keluarga kt cini....
mukliz mendepakan tangan nya dan mengucapkan terima kasih pada wanita itu.....
malisa pun berpaling dan pergi mencari pak cik nya di exit.....

subhanallah! nasib baek x hilang tipon den kot x mongagau nak caghi eh... sasau den silap2
den topakso kojo lu nak boli tipon baru.... alhamdulillah.... hmmm mano lak poyi eh si awis nie?...

Friday, August 13, 2010

~ kekasih dari syurga ~ (part 1 intro)

ramadhan menjelang lagi.....
alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan untuk cik berry
untuk menunaikan puasa pde tahun nie..... (^_^)v


hmmm agak2 nye dah lame jugak
cik berry x trun padang mewarnai laman sesawang nie kan....
hehehe (blog sudah...) sempena dalam bulan ramadhan yg mulia nie cik berry nk kongsi satu cite... pada bulan mulia nie.... tajuk die hmmmmm.... aaaaaaa.........
hmmmmmm..... aaaaaaaaaaaaa............. (agak2 x de keje dicitu yer...)

"kekasih dari syurga"


kisah ini bertitik tolakan suasana di sebuah pusat pengajian tinggi.....
university al-azhar......(ceceh bajet mesti kisah cinta owg2 alim)......... x de maknenye.... huhuhu

ADAM MUKLIZ....... seorang pemuda yg tampan, bebadan sasa (slalu push up), struktur bentuk raut wajahnya molek, iris matanya yg agak2 tebal tapi berbulu halus melengkapi wajah putih tanpa jerawat milik nya..... perwatakan yang amat baik dan amat menghormati kaum wanita..... tapi berasal dari tampin N9....





MALISA SHUHAILA......... seorang gadis yg amat tegas dalam segala tindak tanduk nya.....
tetapi masih menerapkan sifat2 dan nilai2 yang solehah dalam islam, bagi nya keimanan itu adalah benteng pertahanan seorang wanita dalam mengharungi arus kemajuan
teknologi di dunia ini.... berasal dari batu pahat jahor...





qaishara umairah....... seorang sahabat baik malisa dan juga merupakan teman sepermainan di waktu kecil..... bersma2 menuntut ilmu di perantauan... mesir...




amar danish...... pemuda bertitlekan AOKB (anak orang kaya baru)... dato' arsyad adalah serang ahli perniagaan yg terkenal di malaysia..... amar juga tidak kurang segaknya daripada pemuda lain agak2 camni la rupe die....




satu pertemuan yang akan mengikat tali persahabatan, hati dan saling melengkapi
dari mata turun ke hati...... dari hati datangnya fitnah....
dan dari fitnah datang nya bencana yg boleh merosakkan hidup seorang insan yg bergelar

" muslim dam muslimah"



to be continue..... (^_^)v


Tuesday, July 20, 2010

~senyuman darlie~

salam..
huhuhu dah lame cik berry x update post brukan.. maaflah bizy sikit almaklum da naik sem baru nie..
hari ni cik berry nak kongsi sikit pasal tajuk
"ubat hati"
hmmm mesti sume nk taw ape die tajuk nie
macam x best jer..
sebenarnye cik berry nk kongsi bahan bacaan yang cik berry borrow dari
kawan cik berry iaitu CIK SHIKIN (promote sikit) dalam kandungan buku
yg sekarang nie makin popular dipasaran..
iaitu majalah 'SOLUSI'
berpandukan keluaran isu no.8, pada ruangan muslimah yg dikarang
oleh DATO' SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD
pada page 83...

cik berry tertarik dengan
sabda baginda s.a.w yang bermaksud: "sesungguhnya dalam diri manusia
itu ada seketul daging. jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi
seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.
daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (riwayat bukhari dan muslim daripada NU'MAN BIN BASYIR)

hati itu ibarat raja kapada anggota badan.
(walaupun dari segi saintifik otak adalah raja)... hati manusia adalah amat komplek
untuk difahami. setiap individu dalam dunia mempunyai pandangan dan keputusan yang amat berlainan dari satu sama yang lain.. menurut majalah solusi yang cik berry menelaah hati terbahagi kepada 3 jenis:

  1. hati yang sahih - yang bermaksud hati yg suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya dia melaksanakan perintah ALLAH s.w.t,
  2. hati yang mati - mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah ALLAH. manusia jenis ini bekerjasama dengan syaitan dan nafsu.
  3. hati yang sakit - hati yang mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih2 penyakit. kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.
(agak2nya mane yek ketegori hati kita?)

bagi cik berry susah untuk kita mendapat hati yang sahih.. (tapi tidak mustahil)
berdasarkan pengalaman cik berry sendiri yang sudah lebih kurang tolak campur darab bahagi
hidup selama 18 tahun 7 bulan nie (~hehehe~)
manusia nie x kan lepas dari sifat iri hati, dengki dan tamak( banyak lagi la)
memang lumrah manusia ingin mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri
tapi tidak digalakkan untuk
menggunakan benda2 yang dikeji oleh ALLAH contoh macam kita sakit hati dgn seseorang
kita sihir die.. haaa tu kira x aci la tu...

ALLAH s.w.t sudahpun mengurniakan kita akal dan fikiran untuk kita berfikir dan memilih serta membuat keputusan yang waras dan logik untuk diri kita sendiri
kalau kita sudah memilih untuk merosakkan diri dengan menyuburkan nilai2 negatif dalam hati
itu adalah keputusan kita sendiri... (jgn sesekali libatkan orang lain)
pastu lumrah manusia yang last2 bru nak sedar yang diri kita dah salah
(tapi ada jugak yang masih hanyut)...

hmmm kalau nak ubat hati (yg x de kat mane2 farmasi)
kita haruslah sentiasa berbaik sangka... (macamne nak wat tue)
kalu kita berhadapan dengan orang yang kita rasa benci @ tak bape ngam @ yang kerek @
yang selalu buat kita rasa meluat nak terjeluek (~hehehe~) kita haruslah pendam dan mempamerkan wajah yang tenang, gembira, elakkan menyombong diri dan meninggi diri..
(sebab maybe die pun manelah taw benci kita jugak) bukan nak HIPOKRIT!!!
cube kita renungkan kalau kita tujuk honestly benci dengan seseorang
bukan ke kita akan create satu environment yang janggal
dan penuh dengan situasi yang amat penat sebab kita sentiasa nak rase marah jerrr..
cube kita renungkan kita sebagai umat RASULULLAH s.a.w yang akhir
zaman penuh dengan cabaran yang amat hebat, kalu diantara kita2 x bersatu hati
kita x mungkin akan maju dan terus hanyut dengan hasutan negara barat
yang hanya bersolusikan peperangan dalam mencapai keputusan..
kita bukannya PERFECT!!! tapi kita boleh cube untuk jadi yang terbaik..

bagi golongan remaja yang batinnya terkinje-kinje untuk mencari seseorang kekasih hati
cube renungkan layakkah kita untuk meletakkan orang itu dalam hati walaupun
dalam hati kita hanya pentingkan diri dan kotor dengan benci.... kita hanya mampu memiliki seseorang tapi belum tentu kita dapat menyayangi dia sebaik-baiknya...

AKHIR KATA:

"hiasi diri dengan sikap ikhlas"
ikhlas dalam mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana ALLAH s.w.t serta mengharapkan keredhaan-NYA. jauhi dari medambakan pujian atau kemasyuran manusia.
"NIAT YANG SEBENAR MENENTUKAN KEIKHLASAN KITA"

p/s: peringatan untuk teman2 cik bery dan untuk diri cik berry jugak (~_~)v

Saturday, June 26, 2010

~systemic lupus erythematosus~ (SLE)


SLE....
penyakit yang kebanyakkannya menyerang kaum wanita berbanding kaum lelaki
mungkin ada yang sudah sedia maklum atau mungkin masih tertanya-tanya apakah penyakit itu??
dihalaman kali ini cik berry akan memberi sedikit briefing apa benda penyakit tu, faktor2 penyebab,dan symptoms2nya....

systhemic lupus erythematosus adalah salah satu penyakit yang melibatkan immune dalaman manusia, yang dipanggil "Autoimmune disorder",... bermaksud masalah immune atau katahanan antibody manusia untuk melawan penyakit.. secara zahirnya antibody manusia berperanan untuk melindungi tubuh manusia daripada pelbagai penyakit... tetapi di dalam kalangan pesakit yang mempunyai SLE, immune system atau pertahanan tubuh badan mereka tidak dapat mengenal pasti antara bahan bahaya atau bahan yang baik untuk tubuh badan. Secara tidak langsung menyebabkan immune atau antibody badan mereka bertindak balas berlebihan atau overreactive response yang menyerang bahan2 yang baik dan tisu2 dalam tubuh badan manusia.
penyakit ini adalah penyakit seumur hidup atau " long-term chronic inflammation".

walaubagaimanapun penyakit ini masih lagi tidak diketahui
penyebab yang khusus yang mengakibatkan immune itu bertindak balas sedemikian.
symptom penyakit ini berlainan daripada seorang pesakit dengan pesakit yang lain. penyakit ini mungkin akan menyerang salah satu organ tubuh badan atau satu sistem tubuh badan manusia samada sedikit ataupun menyebabkan kematian...
kebanyakkan pesakit SLE akan mengalami bengkak sendi atau sakit sendi " joint pain or swelling" dan kekadang akan membawa kepada penyakit arthritis yang menyerang sendi lutut,jari dan pergelangan tangan...
mungkin kita x pernah merasai macam mane sakit sendi....
sakit die sebenarnye x boleh nak cakap sebab terlampau sakit rase die
bolehlah dikatakan rase sendi kita tue macam tengah dihiris-hiris dan dicucuk dgn paku payung tue.... huhuhuhu tapi yang sakit lagi bile sakit sendi sampai x boleh nak gerak
kita stiff x boleh nak gambarkan....

ada beberapa lar... symptom2 die yang cik berry tahu iaitu:
  1. sakit dada apabila menarik nafas dalam2..
  2. keletihan yang teruk
  3. demam yang tidak melibatkan penyakit2 lain
  4. keguguran rambut
  5. sensitive jika terdedah kepada cahaya matahari
  6. skin rash @ ruam kulit (ketara apabila pesakit berjemur dibwh sinaran matahari dan timbul ruam berbentuk rama2 @ butterfly shape pada wajah)
  7. bengkak pada kelenjar limpa @ swollen limp nodes
  8. mouth sores @ luka pada mulut @sakit mulut...
selain dari itu SLE juga menyerang organ2 dalaman samada serentak atau satu pada sesuatu masa...
contoh nya SLE akan attack brain(otak) dan nerve system atau sistem saraf yang akan menyebabkan sakit kepala, stroke atau kehilangan fungsi anggota badan..
selain itu SLE juga akan menyerang buah pinggang, jantung, paru2, sistem pencernaan dan kulit...
tambahan lagi SLE juga akan menyebabkan banyak lagi organ tidak berfungsi dengan baik:

maybe pesakit akan blood clot yang mengakibatkan DVT (deep vein thrombosis),kemusnahan cell darah merah (hemolytic anemia), paru2 berair (pleural effusion), stroke, low blood platelets (thrombocytopenia) dan bengkak jantung (myocarditis)

sebenarnya banyak lagi komplikasi penyakit ini....
tapi itu jela yang cik berry tahu.... huhuhuhuhu
treatment yang dapat diberikan pulak cik berry hanya tahu
chemotherapy dan medicine sahaja contohnya steriod...
cik berry sebelum disahkan mendapat penyakit ini cik berry telah menjalani bone marrow
dimana air tulang belakang cik berry diambil untuk diuji dan mengetahui apakah penyakit cik berry...
symptom yg cik berry alami adalah gusi berdarah, lebam pada seluruh badan,hidung berdarah,
dan last skali muntah darah dekat la satu baldi kecik...
memang rase macam dah nak pergi dah, tapi takdir ALLAH yang masih memberi cik berry peluang untuk hidup, alhamdulillah
lepas je tahu yg cik berry penghidap penyakit SLE ini
doktor terus bagi rawatan chemotherapy....
memang sakit die x leh nak citer bile masuk je kat dalam urat tu rase macam api,.. sakit x leh nak cakap sekali masuk berpuluh-puluh helai bulu rome cik berry tercabut.. huhuhu
x yah shave hehehehe.....
adalah dalam 5 tiub cik berry dimasukkan chemo tue....
dan lebih kurang 15 beg plasma dimasukkan dalam badan cik berry
untuk menggantikan darah yang hilang...
dekat sebulan lebih cik berry admit wad kanak2 seremban
sampai jadi rumah nombor 2 cik berry la katekan...
tapi itu adalah pengalaman yg x dapat cik berry lupakan...

ingatkan dah lepas dah, lepas je masukkan chemo yg terakhir perut cik berry plak yang sakit
rasenye macam usus tue di lelas dengan pisau...
mase tu jugak doktor tengok gune endorscopy (x taw la betul ke x eja die) nk
tgk ade ulcer ke tidak dalam perut,..
rupe nye dah nk ade internal bleeding so doktor said that if undergo surgery the risk should be taken is 50-50
meraung mama cik berry, tapi alhamdulillah cik berry x dibedah sebab ada perubahan drastik
dan platelet cik berry semakin meningkat...
cik berry rase bersyukur sangat....

betullah ALLAh memang sayang pada hamba nya, setiap ujian yang diberi adalah
untuk mengingatkan kita padaNYA, alhamdulillah sekarang cik berry masih
bernafas dan dapat jugak melanjutkan pelajaran UNI....
still lagi under follow up, dan still under medicine, tapi cik berry tetap bersyukur kerana ada juga rakan @ pesakit yang same admit dgn cik berry dan same penyakit dgn cik berry sudah pergi menghadap illahi, last ayt die cakap kat cik berry, ALLAH itu MAHA adil,
hidup haruslah diisi dengan perkara yang baik & ingat ada lagi orang yang sakitnya lebih teruk....


~ingatlah sakit itu adalah penghapusan dosa yang lepas~

cik berry rase sampai disini dulu lah ye cik berry nk kongsi
x taw lah kalau korang dapat ke tak ape yg cik berry tulis ni.
yg baik datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari diri cik berry sendiri...
moge ape yang cik berry sampaikan dapat menambah serba sedikit ilmu korang....






Friday, June 18, 2010

~benci bilang cinta~

selamat pagi.....
pagi yang amat sejuk...
bangunnya cik berry pagi nie adalah kerana bosan
untuk menyambung tidur balik... huhuhu
hmm x sabar nak tunggu sape juara imam muda
cik berry tengok bukan senang untuk bergelar seorang imam
bukan hanya pandai mengimamkan orang sahaje,
tp perlulah ada banyak kemahiran dan sifat2 yang
baik kerana keje imam bukan nak jadi imam
tapi tanggungjawab kepada masyarakat, keluarga, dan paling penting
hubungan antara manusia...
program imam muda nie bukan terbuka pada imam2 jer
tp untuk semua yang sanggup dan ikhlas untuk menyahut cabaran,
memikul tanggungjawab yang berat dan bersiap sedia dari segi mental dan fizikal
sebenarnya cik berry tertarik pada imam muda nuri..
pada 2 minggu lepas imam muda nuri amat teruk prestasinya
dalam imam muda...
apabila ditanya oleh ustaz zulkarnain mengapa boleh jadi begitu...
imam muda nuri menjawab..
saya mengakui masih banyak lagi yang saya tidak mahir
tapi kalau diizinkan ALLAH untuk mempelajari lagi
insyaallah saya akan terus berjuang bukan untuk memperolehi kemenangan tetapi untuk
persiapan diri saya dan mengisi diri saya
dengan pengalaman yang mungkin x dapat saya pelajari dari mana2...
saya akan terus berjuang andai diberikan kesempatan...
hmm masuk minggu ketiga kata2 imam muda nuri dikotakan
ternyata imam muda nuri berjaya merangkul tempat pertama..
dalam minngu tu task yang diberikan adalah menjadi abang angkat kepada anak2 jalanan yang
terpilih untuk berjumpa dengan imam2 muda...
ternyata imam muda nuri amat senang sekali untuk
berinteraksi dan memikat hati anak2 itu...
bagi diri imam muda nuri dia tidak kekok untuk
memberi ilmu dan imam muda nuri banyak mengajar adik angkatnya itu...
disini cik berry sebenarnya kagum dengan sikap dan keperibadian imam muda nuri
walaupun imam muda nuri adalah seorang penternak dan
kehidupan imam muda nuri tidak lah sekaya orang lain
kerana imam muda nuri harus menjaga dan memikul tanggungjawab untuk memelihara adik2 dan ibu bapanya
kesusahan bukan penghalang ntuk seseorang itu berjaya
yang penting adalah komitmen yang diberikan dan pengorbanan yang
dilakukan untuk menjadi yang terbaik..
cik berry harap dengan program realiti imam muda ini akan melahirkan
lebih banyak lagi program2 yang dapat memberi masyarakat lebih banyak
informasi yang berguna
yelah cik berry sebenarnya amat bosan dengan rancangan
yang disiarkan
bila ditekan channel yang ditekan oleh jari-jemari cik berry nie
boleh dikatakan semua nye program lagu2 yang tah ape2 tah
melalak sana, melalak sini
mentorlah, aflah, bintang kecillah dan yang sewaktu dengannya
bosan x de cerita langsung
semuanya yang melalaikan jer


tapi kalau sinetron tue x pe kot huhuhuhu
ade jugak lah die punye pengajaran die...
huhuhuhu

Sunday, June 13, 2010

LaGeNdA budAk SeTaN....

kepanasan mentari x kan sekali melecehkan cik berry
untuk menapakkan kaki cik berry pegi menonton wayang......
huhuhuhu lagenda budak setan
diadaptasi dari sebuah novel,...
yang amat digembar-gemburkan oleh all malaysian yg mengatakan
filem itu adalah box office
bg cik berry ia tidak lah seindah yang digambarkan,
yang mengisahkan tentang percintaan yang tidak bersempadan
bermula dari seorang siswa yang ditiupkan rase cinta yang amat indah...
apabila terpandang seorang siswi "ayu"...
boleh lah.....

sebenarnya bukan itu yang cik berry nak tekankan cik berry nak ulas cikit tentang manusia
yang duduk disebelah cik berry semase menonton wayang....
kemesraan yang tergambar memang sangat indah
tambahan melayan cerita cintan-cintun tue...
makin lagi lah rase macam mereka pulak yang sedang berlakon di layar perak....
tetibe lampu dipadamkan konon untuk menambahkan feeling....
tiba2 cik berry terase seperti ada satu bayang seperti selengan memanjang menjalar-jalar diatas hamparan peha minah sorang nie,...
no respond dari si kakak nie agaknye x pasan kot lepas peha tangan pulak pegang
cik berry pelik tue bukan nya cite hantu nak takut sampai kena pegang tangan
hmmm bukan la mengata tapi sebagai teladan
yang haram itu lebih sedap dari yang halal....
bukannya ape, cube bayangkan jika perempuan itu tidak
ditakdirkan berkahwin dengan teman lelakinya
dan die dijodahkan dengan orang lain kan ke rugi bagi si lelaki yang sudah sah menjadi haknya kerana die sudah mendapat bekas dari orang...
yela cik berry cume nak mengingatkan diri cik berry jugak
sudah berapa ramai wanita yang menjadi mangsa korban seorang lelaki..
yang lelaki kate perempuan tu yang rela..
perempuan pulak kate lelaki tu yang ambil kesempatan...
lelaki itu dikatakan seorang ketua dalam rumah tangga, maka die juga seorang ketua
dalam memelihara maruah seorang wanita...
bagi wanita pula jangan lah sesekali merendahkan maruah yg suci dengan hanya
mempercayai janji seorang lelaki.. dgn menggunakan godaan dan hasutan..
bukan mereka yang merana kita yang menjadi mangsa...

maybe ada juga yang akan mengatakan diri cik berry ni perasan bagus..
cik berry mengakui, cik berry pun mempunyai perasaan cinta dan sayang pada seorang jejaka
namun cik berry hanya memendam rasa kerana cik berry rase malu x taw kenape

dalam sebuah riwayat mengatakan
" sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid"
hmmm cik berry nak berpesan

jika kita benar2 menyayangi seseorang biarlah kita menyayangi mereka dijalan ALLAH nescaya itu adalah lebih baik...


"wanita solehah malunya mengatasi perawan,

beraninya mengatasi pahlawan,

cintanya bukan pada gambaran,

rindunya bukan pada pertemuan,


tapi hatinya tersirat taqwa keimanan....."

Thursday, June 10, 2010

~precious gold~ (^-^)v


ChElAmAt PaGi
lame x menconteng-conteng dinding blog nie.. huhuhu
hmm sebenarnye dipagi yang amat tenang nie, cik berry sedang menunggu keluarnye result exam cik berry malangnya masih lagi x kua... betullah bak kate org penantian satu penyiksaan.. sambil cuping cik berry ni menari kiri dan kanan mengikut rentak lagu eenie meenie dendangan sean kingston feat. justin.. membuatkan otak cik berry terpakse menggunakan tenage yg extra untuk deliver kesemua stimulation, betapa agungnya ciptaan allah, subhanallah cik berry agak bosan dengan rutin cik berry harian, tapi nak buat macam ne, x de transport nak pegi jalan2 sepertimane kebanyakkan family pegi melencong sambil menyumbangkan ekonomi pada negare....

"adik" kedengaran laungan suara yg sudah agak familiar dgn cuping telinge cik berry nie...
mama cik berry panggil dan mengutarakan natijahnya memanggil cik berry supaya menjadi pendengar yang setia pada nya.. huhuhu
first subtopic nye ialah soalan "adik nie menyesal kew jadi anak mama?" hampir nak luruh jantung, hati, limpa, perut, usus, ngan adam's apple nie dengar soalan yg diutarakan,,,,
cik berry pun balas dengan menjawab kenape mama cakap macam tue.. mama cik berry balas yela mama x penah nak bawak adik pegi jalan2 ngan sume kemudahan susah mama nak bagi in the blink of eyes... cik berry tersentuh dengan sebab yg mama cik berry keutarakan...
cik berry nak nangis dan cik berry cakap mama is the best mom in the world, and there's no one would replace you... mama cik berry pesan kat cik berry mama x kaya macam ibu yg berkerjaya, tapi mama nak adik selalu ingat pada orang lain yg hidupnya lagi susah dari kita
setiap rezeki yang adik dapat jangan lupe untuk bagi pada orang lain sebab ada bahagian hak mereka dalam nikmat yang kita dapat tue, biarlah walaupun sikit je rezeki yang kita dapat
tapi kalau kita kongsi dengan orang lain sebenarnya lagi banyak yang ALLAH akan bagi pada kita dan ALLAH akan memandang adik sebagai hamba yang mulia kerana adik memuliakan orang lain....
mama nak adik belajar baik2 walaupun mama selalu nak adik dapat yang terbaik, mama x nak bebankan adik setiap yg adik dapat adalah atas usaha yang adik dah lakukan...
mama nak adik hormat dengan ibu adik yang lagi sorang tue sebab syurga itu adalah dibawah tapak kaki ibu, walaupun die benci adik, adik x de sebab untuk melakukan perkara yang sama...
janji adik jage hati dan kelakuan adik...


mama nak bagitau adik mama sentiasa doakan agar adik dapat seorang suami yang dapat menjage adik, biarlah die seorang yang x pernah menunjukkan rase kasih sayangnya pada adik sebelum die sah menjadi milik adik sebab bila die dah mencurahkan kasih sayangnya itu, kasihnya itu berlandaskan nafsu kerana die takut kehilangan adik dan tidak yakin jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH...

mama nak pesan lagi satu jika adik mula mencintai seseorang itu adik haruslah mencintai diri adik sendiri kerana jika adik x taw mencintai diri adik bagaimana adik nak cintai orang lain,
maruah yang adik bawa itu tergantungnya maruah mama ngan ayah maka jagalah ia sebaik-baiknya kerana sekali ianya tercalar tiada gunanya lagi....

buka mata hati untuk mentafsir dan membuat keputusan, hamparkan telinga untuk mendengar perkara yang baik, luaskan pemandangan mata untuk mencari yang terbaik untuk diri adik, ikatlah tangan agar ia x tersentuh benda yang haram bagi diri adik....
ingat ALLAH sentiasa berada dihati adik, cuma adik haruslah mencari NYA...

"pesanan mama"

Friday, June 4, 2010

lue pi K la sendiri

friends
who are always make you feel better,
they always be beside you in whateva situations,
if you feel uneasy,
they will give you the options of ways,
if you says it is hard for you,
they will says it is your fight and if you win to go through the hardship you will neva regret...

friends
if i feel mad about myself,
you always said that don't be mad and blame youself because you and yourself need each other to be strong,
if i get hurts you always plaster it with funny jokes,
if i were caught in a serius situation,
you lighten the walk so i can get through it,

but
if you're alone do i care to you?
do i make you feel ease?
do i wipe your tears?
do i make the way in your hardness?
do i be there for you?

i'm sorry if i can't be the best to you,
but i i want you to know whateva it is,
i'll try to be the one that you always can count off...
the one that can give shoulder to hold on
and the song to ease you up.......

that should be me be your best friend!!!!!!

...............


~the end~

Monday, May 24, 2010

ape yang istimewa hari ini....

hari ni membuatkan aku mengingati seseorang
ape die buat ari ni?
ape hadiah die dapat?
dari sape die dapat hadiah?
macam mane die skunk?
sihat x?
hmmmmm....

aq doakan die berjaye and happy bezday!!!
semoge panjang umo and murah rezki,
aq x de kedit nak anta mcg,
so HAPPY BEZDAY!!!!

Sunday, May 23, 2010

~toing-toing~

aq,
kamu,
die,


aq suke kamu,
kamu suke die,
die x taw suke sape,

aq selalu ingat kamu,
kamu selalu ingat die,
die x taw ingat sape,

aq nak selalu tengok kamu tersenyum,
kamu nak selalu tengok die tersenyum,
die x taw nak tengok sape senyum,

aq nak selalu ade untuk kamu,
kamu nak selalu ade untuk die,
die x taw nak ade untuk sape,

aq nak selalu belikan kamu coklat kinder bueno,
kamu nak selalu belikan die coklat kinder bueno,
die x taw nak belikan coklat kinder bueno untuk sape,

aq nak selalu lihat mate kamu,
kamu nak selalu tengok mate die,
die x taw nak tengok mate sape,

aq nak hilangkan tangis kamu,
kamu nak hilangkan tangis die,
die x taw nak hilangkan tangis sape,

aq nak tengok kamu pakai hadiah yang kamu dapat dari aq,
kamu nak tengok die pakai hadiah yang kamu bagi kat die,
die x taw nak tengok sape pakai hadiah yang die bagi kat orang tue,

aq selalu nak keluar dengan kamu,
kamu selalu tolak offer aq,
kamu keluar dgn die,
on the way jalan,
die punye bf dtg,
amik die jauh dari kamu,
kamu upset,
kamu call aq,
aq angkat,
kamu x taw nak buat ape,
aq cakap it's ok,
x selalu orang yang kite sayang ade untuk kite balik,
that is not the end of the world,
cari yang lain,
kamu kate susah nak cari yang lain,
kamu takut x dihargai lagi,
aq kate ade orang suke cume mate kamu x bukak worldwide,
KAMU TANYE SAPE???????



aq kate pakai mate hati,
kamu kate ikut hati mati,
aq kate memang mati kalau SALAH MENILAI,
kamu confuse??******

aq kate jangan call and cari aq lagi,
tige tahun x dgr kabar dari aq,
dan aq x dngar kabar dari kamu,
aq x taw ape yang kamu buat,
kamu x taw ape yang aq buat,
banyak surat yang kamu layangkan,
tapi satu pun x pernah aq balas,
aq fikir kamu x kan rase ape2,
sebenarnye kamu rase sunyi and hurt,
kamu rase hilang seseorang yang paling dekat dengan kamu,

satu petang aq terjumpe mate yang paling aq kenal,
kamu dengan senyuman datang kearah aq,
kamu bisik ke telinge aq,
"saya dah jumpe sape orang tue"
"i'm not complete without you"
"i want to see you always, want to buy you, your favourite coklet kinder bueno, want be there when you need someone, and i want to be right by your side"

I ALWAYS KNEW YOU WERE THE BEST
THE COOLEST GIRL I KNOW
SO PRETTIER THEN ALL THE REST
THE STAR OF THE SHOW
SO MANY TIMES I WISH YOU'D BE THE ONE FOR ME
I NEVER KNEW YOU'D BE LIKE THIS, GIRL,
WHAT DID YA DO TO ME....




so aq x taw nak cakap ape,
kamu kate x pe sebab kamu akn tunggu aq,
aq dan kamu....


percaye tak cerite cam nie??????????





Friday, May 21, 2010

~boyzsssssssssss~

Lelaki
kenape memerlukan wanita?
sebab fitrah untuk melengkapkan kehidupan...

Lelaki
kenape menyakiti hati wanita?
sebab memang kami ada hak untuk mengajar mereka

Lelaki
kenape tidak menghargai wanita?
kami bukan tidak menghargai tapi wanita yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka

Lelaki
kenape wanita harus ditinggalkan?
sebab mereka tidak tau menjaga hati dan diri kami, dan kami memerlukan wanita yang lain yg boleh membahagiakan hidup kami...

kalau wanita diperlukan untuk hanya melengkapkan kehidupan, itu adalah salah kerana wanita bukan hanya untuk melengkapkan tapi untuk berada disamping lelaki jika mereka sakit, dalam susah, dalam keseorangan, dalam mencari kebenaran, dalam mencari teman rapat untuk meluahkan dan untuk menjadi penggerak kehidupan....

dalam kesusahan wanita melakukan ape sahaje untuk menyenangkan hati lelaki, kerana setiap kesusahan yang dirasa oleh lelaki menjadi kesusahan bagi wanita.. jika wanita melakukan sedikit kesalahan maka mereka akan dimarahi kerana kesalahan mereka dianggap besar dan boleh memberi kesan buruk bagi lelaki....

mula2 kehidupan bersama, setiap yang dilakukan oleh wanita untuk keperluan seharian dirumah dipuji, dan dipandang indah, tapi bile dah lame berumah tangga kenape sume yang dibuat sume x kne? tak buat kate x bertanggungjawab dan sebagainya...

you nie langsung tak taw jage saya, saye da borink hidup dgn awak, asyik membebel 24 jam saye penat balik keje asyik membebel & tuduh macam2, kalau kawin lain kate yg bukan2.... awak sendiri tu yg x betul....

kalau macam nie, macam mane kite nak buat??? adakah kite yg salah? adakah lelaki yang betul? kenape wanita mesti rase x bahagia bile dah lame kawin? kenape dah kawin bru nak tunjuk belang masing2? kenape kite x rse lebih indah daripada waktu kite bercinta dulu yang patutnye terjadi....

sebenarnye ini sume atas kesalahan diri sendiri.. kalau lelaki balik lambat, jangan membebel tapi sebaik-baiknye kite ringankan beban die dgn layanan yang baik, dan ini bukan wanita saje punye peranan lelaki pun kenelah bajet jujur tu yang penting, jgn kelentong pegi makan dengan awek lain...

lumrah hidup tapi kalau kite bercinte lepas kawin macam mane rasenye? kalau kita amalkan dan mencontohi akhlak rasulullah dalam berumah tangga ape yang kite akan rase dan ape nikmat nye? hmmm same2 kite fikirkan,.... tapi masih ade ke lelaki yang mahu membimbing para isteri kejalan yang diredhai allah, dan adakah wanita yng seindah siti khadijah?

cinta itu x perlu dicari kerana sudah tertulis untuk kita, yang penting cinta kepada allah dan rasul dahulu.. macam mane? dgn mengerjakan segala suruhan allah dan mencontohi akhlak rasulullah, insyaallah....


Wednesday, May 19, 2010

kesunyian

shhhhhhhhhhhhhhhh......
sunyi betul malam nie.. nampaknye mate cik berry nie x leh nak dipadamkan, coz siang tadi agak berjam jugak tido tanpa menghiraukan hiruk- pikuk bunyi ayam berkokok, angsa menjerit dan hingar- bingar suare actress filipino berlakon dalam cite "she wolf" yg diminati oleh mama cik berry. cik berry pun x bpe pasti kenape drama itu ditonton oleh mama dan yg paling x menahan difollow juge oleh wan cik berry. da la bunyi macam kapal korek eeeeee, x pe cik berry x endahkan pun huhuhu..(biaq pi la kat depa, bak kate friend cik berry)..
hmmm sebenarnye cik berry nak bagitau, ari ni cik berry pegi walk2 dgn bf cik berry.. hah mesti suspendkan dalam hamparan blog yg lepas sibuk dan bajet nk elakkan bercinta tup2 ari nie update cite lain plak.. huhuhu cik berry sebenarnya kua dgn bf ( best friend) cik berry larr... kite owang dapat spent time x la lame sgt tp boleh la dapat makan, borak2, gosip2, dan yang penting pegi sekolah jumpe cikgu2 lame.. waaaaa nak nagis cik berry terkenang kembali tempat cik berry menimbe ilmu dulu, suasana die masih x berubah tapi banyak changes dari segi dan struktur pentadbiran, ramai jugak cikgu baru cik berry tengok. maklum lah yang patah tumbuh, yang hilang berganti, betul x? huhuhu.... tapi ade jugak certain teacher dan cikgu yang masih cik berry x dapat lupakan, dan yang masih bagi sokongan yang padu pada diri cik berry, terutama teacher norliza "you must work hard to acheive whateva you want, don't stop when you are the middle of thing cause you will only get tired and curiousity to know what are the end of it" tu la agak2 kate yang cik berry x penah lupe bile blaja fizik dengan die. teacher azizah pulak "meet me if you get stuck, cause you are not stuck you only get into the wrong way of the solution",, tula kate2 yang cik berry kunci dalam cip cerebrum otak cik berry yang ade berjuta2 gig.... plus my bio teacher, who is teacher sue.. " if you are lazy to wake up, you will never get a thing cause you are left behind, people who are left behind will never get through the front seat, till the end the tittle which is suit for you is the loser".. nila teacher yang amat sempoi, yang selalu what cik berry sedar sape diri cik berry dalam dunia nie.. mereka sume nila yg sedikit sebanyak membentuk diri cik berry to try in making any changes and be strong if you fall, through this experiences will make you a better person. last but not least, be yourself in whateva decisions you make, every single choice will lead to a difference key of solution which at last you will find a " FINAL SOLUTION".. peace..

Monday, May 17, 2010

~definasi cinta~

Menurut bahasa > perkataan al-hubb @ al-hibb bererti cinta dan kasih sayang
Menurut istilah > kecenderungan @ ikatan hati yang berlaku antara kedua-dua belah pihak
yang mencintai....

" suamiku aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu"
alhamdulillah.... insyaallah, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan begitu juga sebaliknya. usai sudah cik berry bace buku yang bertajuk "PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL" sebenarnya cik berry nak kongsi sedikit la sinopsis novel ni, mungkin kepada setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan masing2 dalam mentafsir buku ini. tapi mesti ada juga yang akan berkata " ah' lapuk la kalau bercinta macam ni, kalau nk ikutkan sampai tue la x kawin2".. mungkin itu salah satu daripada pendapat yg timbul..
yelah trend remaje bercinta skunk straight to the point. i love you, you love me. then bermulalah episod seterusnya dating, bermsg, bercalling2 yang selalunya mengucpkan kata2 maksiat seperti sayang rindu sayang, wajah sayang x leh bla dari otak baby, ataupun papa nak je peluk mama sebab lame x jumpe sehari bagaikan seribu tahun.. mungkin nilah ayat2 standard yang diluahkan oleh pencinta2 di tanah air ini.. bukan cik berry nak tunjuk baik ataupun jeleous ngan owg yang bercouple, cik berry nak beri ingatan sesame kawan2 dan untuk diri cik berry jugak.. islam telah melandaskan beberapa cara yang indah dalam mencari cinta yang suci dan yang paling penting mendapat kerhedaan ALLAH.
sebenarnya banyak bahaya cinta sebelum kawin:
  • kita menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagi diri kita seumpama kita membuka pintu syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan kita daripada-Nya
  • menyiksakan hati kita dengan barah rindu
  • jiwa kita akan terganggu dalam menilai mana yang baik dan yang buruk
  • jika kita berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kita pastinya.. (nauzubillah)
ini adalah sedikit sebanyak kandungan dalam buku ini. dalam buku ini juga menceritakan peribadi seorang wanita yang amat berpegang teguh dengan ajaran islam dan selalu mencari kerhedaan allah. cik berry tersentuh dengan cara beliau menepis cinta yang hanya berlandaskan nafsu kerana terpikat dengan paras rupa beliau sahaja. bukan itu sahaja baru cik berry taw sebenarnya jika kita mula mencintai seseorang sebaik- baiknya kita haruslah menggunakan orang perantaraan.. di dalam buku ini beliau menceritakan bagaimana seorang lelaki memikat wanita untuk dijadikan isteri dan suri dalam hidupnya dan lelaki ini tidak pernah sesekali melihat dan bermsg dengan beliau walaupun telah bertunang demi menjaga batas2 pergaulan kerana "bertunang " bukan tiket untuk dua insan bebas melakukan apa2 sahaja mereka masih lagi 'ajnabi' (orang asing) dan masih bukan mahram.. tambahan lagi kalau kita sudah pernah berpegangan tangan dengan insan yang tidak sah dengan kita, bila kita berkahwin satu kenikmatan itu telah pudar dan kita takkan dapat merase getaran dalam berpegangan tangan sebab kita biasa pegang tangan dengan orang lain...
insyaallah jika kita menjaga batas2 ini kita menemui cinta yang suci dan cinta yang nikmat dari ALLAH.. mungkin diri kita ini pun x sempurna dan masih lagi jahil dalam mendalami betul2 ajaran islam ini. tapi ini bukan alasan unuk kita tidak mengamalkan dan tidak mengambil berat tentang suruhan ALLAh, kita haruslah terus mencari, belajar serta terus memperbaiki kelemahan dan kekurangan dri kita. insyaallah.. semoga kalian dapat mencari insan yang soleh, dan solehah untuk menjadi penyeri hidup dan merasai nikmat syurga dunia bersama- sama mengecapi rheda allah.. ribuan terima kasih buat kakak cik berry yang selalu mentarbiahkan diri cik berry supaya menjadi wanita di dalam bekas kaca dan hanya orang yang benar2 sahaja yang boleh memperolehinya....

Thursday, May 6, 2010

~the pearl~


teringat kembali kenangan di area persekolahan, waktu tu sekolah cik berry masuk contest acting drama larr.. hmm drama diadaptasi dari short story the pearl cik berry x dapat pegang watak main character dapat watak minor jerr (jadi jiran kampung) waaaaa sedey larr.. tp x perr at least dapat lar rase cmne nk acting kan , susah jugak sebenarnya, mne nk hafal script, nk learn speaking, nk adapt ngn situation, nk imagine camner die punye surrounding. tabik lar brother2 pelakon tanah air ngn senior sister yg terjun dalam bidang lakonan nie.. sebenarnye nk story sikit la kan alang2 da nengok gambar nie, x kan x promote minah2 pelapis pasha sanda, era fozira,dan seantero dgn nye larr... paling kanan sekali (standing) azila, cik berry, yg pakai topi plus misai buatan tue balqis nme die, next maria the heroin, yg sandang stetoscope dgn accessory baju tambahan doktor tue naufa, yg senyum agak manis tue mimi, next door yg sitting dari kanan ala2 pengawas sekolah tue nini, yg sorang lagi pakai topi cm nk pegi beach tue zahida and last but not least bayah (comel lar tue!!) paling best part nie kite owg cam syok sendri jer x de pun yg agak pay add kat kite owg melainkan para penjuri dan makcik2 cleaner yg lalu lalang kat tepi. mne x nye nk wat citer owg putih x feel larr pastue hero pun bukan nye tulen pun.. huhuhu (jgn marah).. tp best larr hehehe....

Friday, April 30, 2010

~bulan ijtihat~


salam kebahagian bgi semua..
untuk pengetahuan umum, hasil nukilan cik berry nie untuk menyatakan yg cik berry sedang menempuhi bulan peperiksaan sem 2.. harapan memang menggunung untuk berjaye, tp perasaan takut ngn nervess tu memang x dpt nk elakkan.. tapi cik berry selalu minte nasihat pade kakak cik berry. kakak selalu kate supaya berusahe dan tawakal. kejayaan tue takkan datang bergolek, (so kite kne la bergolek untuk dapatkan kejayaan) huhuhu selingan..
sebenarnye bukan cik berry tak boleh buat tapi memikirkan harapan mama ngan ayah cik berry untuk tengok cik berry berjaye tue menekan cik berry jugak la kadang2. sebenarnye bukan kate nk disobey cakap mereke tapi biase la manusia ade kekurangan pade diri masing2. walau macam mane pun cik berry rase, cik berry kne jugak improve diri cik berry nie. sebenarnya kita x berseorang dalam alam dunie ni. ALLAH sentiase berade dengan org yg mahu mengubah kepade kebaikan untuk menjadi lebih baik. macam2 ujian cik berry tempoh sejak umo 11 tahun lagi. tapi setiap kesakitan yg cik berry rase menambahkan keyakinan dan kesabaran dalam diri cik berry. cik berry bersyukur kerane ALLAH masih memberi cik berry nafas dan keluarga yang sangt penyayang dan sentiase berade disamping cik berry walau macam mane keadaan sekalipun. walaupun serbe kekurangan dalam erti kate materialistik, tapi mama ngan ayah cik berry adalah harta yang paling istimewa cik berry ade. nasihat dan dorongan mereka x penah kering untuk mendidik cik berry ngan kakak cik berry. pesanan yg selalu mama ngan ayah cik berry bagi adalah " ayah ngan mama x ada ape nak bagi kecuali ilmu dan doa untuk mengiringi kehidupan adik dan along, ingat sembahyang itu tiang keimanan, doa jalan perhubunagn dengan yang maha-Esa, dan maruah adalah sekuntum bunga yang perlu dijage" alhamdulillah cik berry akan ingat pesan mereka. so renungkan dan selamat beramal!!

Saturday, April 24, 2010

~kenduri~

(sabtu-24/4/10...... tepat jam 4.35 ptg kedengaran azan asar berkumandang, solat didirikn dan usai solat khatam al-quran juge dimulakn)..... hah pe la yg aq tulis ni kan.. sbnrnye nie adalh perancanaan aturcara @ planning yg telah dibuat oleh seorg die dan seorg mereke(uncle n auty aq daaa.) hmm ramai jugak la yg dtg mse kenduri semlm. byk giler kot krje nk kne wat, hooo penat derr, tp x pe seronok sgt... kowang taw de cite agak suam2 la lwak die. mse khatam al-quran adik merangkap sedare aq kite owang kne teman kn die larr sebab die nerrrrves, so tanpe segan silu kite owg pun teman larr.. yg lawak nye kite owg dok berutur blakang die pastu dgn disaksikn oleh kaum adam nie, aq rse mcm model + tgh tgu owang dok minang aq pun de gak larr.. setelah ditimbang kire dan diwat stimulation aq rse agak2 x de function larr aq dok lepak depan tue selain mempamerkn kejelitan raut wajah aq ni... huhuhu
sebenar natijah aq tulis bende nie x de point pun saje nk warming up kn mate aq yg agak2 x leh nk bukak nie.. hehehe

Thursday, April 22, 2010

~morning kiss~

hmmm~ pade pagi yang hening nie driku bagai dilanda kesunyian.... cewahhhh puitis plak....
sebenarnye sjer jer sebagai muqadimah menyambut kelahiran blog aq nie.. huhuhu... maklum la, aq nie x lah pandai sngt it nie.. (serius cakap), tp alhamdulillah de jugak la kemajuan minah kampung nie.. wat pengetauan masyarakat n owang2 kampung, jiran sebelah umh, depan umah, tepi umh dan yg seantero dgnnye, sye nie sedang continue study kat uitm puncak alam (selangor) menyandang n menyahut seruan kementerian pendidikan yg memberi aq peluang amk dip. physiotherapy (ayat punye skema)... huhu aq amat suke- suki ngn bidang nie, byk jugak larr aq blaja.. badan manusia, psychology, treatment n pelbagai lagi.. sebenar ramai jugak yg x taw pe bende tue physiotherapy.. disini nk beri sedikit larr briefing pe tue physiotherapy. sebenarnye kami bukan la tukang patah @ owg yg wat treament gne pijak2 batu utk kaki tu ( slalunye yg de kat hospital tue) @ DR. tulang @ yg agak lembut sikit ayat die tukang urut traditional yg selame nie digosipkan, kami nie dalam bahagian rehabilitation dimane tugas kami membaik pulih anggota manusia dan memberi manusia memperolehi fungsi anggota tubuh badan mereka semula... ha tue la die serba sedikit tugas2 @ tanggungjawab kami.. pasni harap x dela yg dtg jumpe, "anak nie tukang urut yer" kecewe rase hati nie mak cik.. (gunting tudung mak cik jadi 3 segi kang.. kikiki) rasenye nk titik kat sini larr.. bowink plak duduk tulis sambil tgk jiran depan umh nie... hmmm so long for now...

e x c i t e d g i l e r !

excited giler aku wok .. bru blaja bt blog . hahahahahaha . salam perkenalan bt semua .