Tuesday, July 20, 2010

~senyuman darlie~

salam..
huhuhu dah lame cik berry x update post brukan.. maaflah bizy sikit almaklum da naik sem baru nie..
hari ni cik berry nak kongsi sikit pasal tajuk
"ubat hati"
hmmm mesti sume nk taw ape die tajuk nie
macam x best jer..
sebenarnye cik berry nk kongsi bahan bacaan yang cik berry borrow dari
kawan cik berry iaitu CIK SHIKIN (promote sikit) dalam kandungan buku
yg sekarang nie makin popular dipasaran..
iaitu majalah 'SOLUSI'
berpandukan keluaran isu no.8, pada ruangan muslimah yg dikarang
oleh DATO' SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD
pada page 83...

cik berry tertarik dengan
sabda baginda s.a.w yang bermaksud: "sesungguhnya dalam diri manusia
itu ada seketul daging. jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi
seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.
daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (riwayat bukhari dan muslim daripada NU'MAN BIN BASYIR)

hati itu ibarat raja kapada anggota badan.
(walaupun dari segi saintifik otak adalah raja)... hati manusia adalah amat komplek
untuk difahami. setiap individu dalam dunia mempunyai pandangan dan keputusan yang amat berlainan dari satu sama yang lain.. menurut majalah solusi yang cik berry menelaah hati terbahagi kepada 3 jenis:

  1. hati yang sahih - yang bermaksud hati yg suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya dia melaksanakan perintah ALLAH s.w.t,
  2. hati yang mati - mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah ALLAH. manusia jenis ini bekerjasama dengan syaitan dan nafsu.
  3. hati yang sakit - hati yang mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih2 penyakit. kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.
(agak2nya mane yek ketegori hati kita?)

bagi cik berry susah untuk kita mendapat hati yang sahih.. (tapi tidak mustahil)
berdasarkan pengalaman cik berry sendiri yang sudah lebih kurang tolak campur darab bahagi
hidup selama 18 tahun 7 bulan nie (~hehehe~)
manusia nie x kan lepas dari sifat iri hati, dengki dan tamak( banyak lagi la)
memang lumrah manusia ingin mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri
tapi tidak digalakkan untuk
menggunakan benda2 yang dikeji oleh ALLAH contoh macam kita sakit hati dgn seseorang
kita sihir die.. haaa tu kira x aci la tu...

ALLAH s.w.t sudahpun mengurniakan kita akal dan fikiran untuk kita berfikir dan memilih serta membuat keputusan yang waras dan logik untuk diri kita sendiri
kalau kita sudah memilih untuk merosakkan diri dengan menyuburkan nilai2 negatif dalam hati
itu adalah keputusan kita sendiri... (jgn sesekali libatkan orang lain)
pastu lumrah manusia yang last2 bru nak sedar yang diri kita dah salah
(tapi ada jugak yang masih hanyut)...

hmmm kalau nak ubat hati (yg x de kat mane2 farmasi)
kita haruslah sentiasa berbaik sangka... (macamne nak wat tue)
kalu kita berhadapan dengan orang yang kita rasa benci @ tak bape ngam @ yang kerek @
yang selalu buat kita rasa meluat nak terjeluek (~hehehe~) kita haruslah pendam dan mempamerkan wajah yang tenang, gembira, elakkan menyombong diri dan meninggi diri..
(sebab maybe die pun manelah taw benci kita jugak) bukan nak HIPOKRIT!!!
cube kita renungkan kalau kita tujuk honestly benci dengan seseorang
bukan ke kita akan create satu environment yang janggal
dan penuh dengan situasi yang amat penat sebab kita sentiasa nak rase marah jerrr..
cube kita renungkan kita sebagai umat RASULULLAH s.a.w yang akhir
zaman penuh dengan cabaran yang amat hebat, kalu diantara kita2 x bersatu hati
kita x mungkin akan maju dan terus hanyut dengan hasutan negara barat
yang hanya bersolusikan peperangan dalam mencapai keputusan..
kita bukannya PERFECT!!! tapi kita boleh cube untuk jadi yang terbaik..

bagi golongan remaja yang batinnya terkinje-kinje untuk mencari seseorang kekasih hati
cube renungkan layakkah kita untuk meletakkan orang itu dalam hati walaupun
dalam hati kita hanya pentingkan diri dan kotor dengan benci.... kita hanya mampu memiliki seseorang tapi belum tentu kita dapat menyayangi dia sebaik-baiknya...

AKHIR KATA:

"hiasi diri dengan sikap ikhlas"
ikhlas dalam mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana ALLAH s.w.t serta mengharapkan keredhaan-NYA. jauhi dari medambakan pujian atau kemasyuran manusia.
"NIAT YANG SEBENAR MENENTUKAN KEIKHLASAN KITA"

p/s: peringatan untuk teman2 cik bery dan untuk diri cik berry jugak (~_~)v

No comments:

Post a Comment