Thursday, June 10, 2010

~precious gold~ (^-^)v


ChElAmAt PaGi
lame x menconteng-conteng dinding blog nie.. huhuhu
hmm sebenarnye dipagi yang amat tenang nie, cik berry sedang menunggu keluarnye result exam cik berry malangnya masih lagi x kua... betullah bak kate org penantian satu penyiksaan.. sambil cuping cik berry ni menari kiri dan kanan mengikut rentak lagu eenie meenie dendangan sean kingston feat. justin.. membuatkan otak cik berry terpakse menggunakan tenage yg extra untuk deliver kesemua stimulation, betapa agungnya ciptaan allah, subhanallah cik berry agak bosan dengan rutin cik berry harian, tapi nak buat macam ne, x de transport nak pegi jalan2 sepertimane kebanyakkan family pegi melencong sambil menyumbangkan ekonomi pada negare....

"adik" kedengaran laungan suara yg sudah agak familiar dgn cuping telinge cik berry nie...
mama cik berry panggil dan mengutarakan natijahnya memanggil cik berry supaya menjadi pendengar yang setia pada nya.. huhuhu
first subtopic nye ialah soalan "adik nie menyesal kew jadi anak mama?" hampir nak luruh jantung, hati, limpa, perut, usus, ngan adam's apple nie dengar soalan yg diutarakan,,,,
cik berry pun balas dengan menjawab kenape mama cakap macam tue.. mama cik berry balas yela mama x penah nak bawak adik pegi jalan2 ngan sume kemudahan susah mama nak bagi in the blink of eyes... cik berry tersentuh dengan sebab yg mama cik berry keutarakan...
cik berry nak nangis dan cik berry cakap mama is the best mom in the world, and there's no one would replace you... mama cik berry pesan kat cik berry mama x kaya macam ibu yg berkerjaya, tapi mama nak adik selalu ingat pada orang lain yg hidupnya lagi susah dari kita
setiap rezeki yang adik dapat jangan lupe untuk bagi pada orang lain sebab ada bahagian hak mereka dalam nikmat yang kita dapat tue, biarlah walaupun sikit je rezeki yang kita dapat
tapi kalau kita kongsi dengan orang lain sebenarnya lagi banyak yang ALLAH akan bagi pada kita dan ALLAH akan memandang adik sebagai hamba yang mulia kerana adik memuliakan orang lain....
mama nak adik belajar baik2 walaupun mama selalu nak adik dapat yang terbaik, mama x nak bebankan adik setiap yg adik dapat adalah atas usaha yang adik dah lakukan...
mama nak adik hormat dengan ibu adik yang lagi sorang tue sebab syurga itu adalah dibawah tapak kaki ibu, walaupun die benci adik, adik x de sebab untuk melakukan perkara yang sama...
janji adik jage hati dan kelakuan adik...


mama nak bagitau adik mama sentiasa doakan agar adik dapat seorang suami yang dapat menjage adik, biarlah die seorang yang x pernah menunjukkan rase kasih sayangnya pada adik sebelum die sah menjadi milik adik sebab bila die dah mencurahkan kasih sayangnya itu, kasihnya itu berlandaskan nafsu kerana die takut kehilangan adik dan tidak yakin jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH...

mama nak pesan lagi satu jika adik mula mencintai seseorang itu adik haruslah mencintai diri adik sendiri kerana jika adik x taw mencintai diri adik bagaimana adik nak cintai orang lain,
maruah yang adik bawa itu tergantungnya maruah mama ngan ayah maka jagalah ia sebaik-baiknya kerana sekali ianya tercalar tiada gunanya lagi....

buka mata hati untuk mentafsir dan membuat keputusan, hamparkan telinga untuk mendengar perkara yang baik, luaskan pemandangan mata untuk mencari yang terbaik untuk diri adik, ikatlah tangan agar ia x tersentuh benda yang haram bagi diri adik....
ingat ALLAH sentiasa berada dihati adik, cuma adik haruslah mencari NYA...

"pesanan mama"

No comments:

Post a Comment